Thursday, November 4, 2010

kau ni buat aku menyampah lah ! : episod satu

"eh, yana kau dah sihat ke?"

"hmmm.." dan aku terus berlalu tanpa memandang sedikit pun ke arah dia.

ah, sombong betul perempuan ni. kau ingat kau bagus ke?

"kau ni buat aku menyampah lah!" jerit farol.

aik? ape salah aku kat dia eh? aku just tak layan dia je, pun dah menyampah? ah, lantak kau lah. ingat aku kisah?

selama kitorang kenal, memang tak pernah pun bercakap. yang aku tau, farol sangat annoying @ menyakitkan hati. cuma malam tu ntah ape yang mendorong dia untuk tegur aku. nasib kau lah. tapi hakikatnya, aku sangat menyesal sebab tak guna kesempatan itu untuk kenal farol. aku pulang ke bilik dengan rasa kesal, menyesal dan bersalah. segera aku mencari no fon dia.

"ain, nak no fon farol boleh?, senang sikit nak gtau dia if aku tak boleh ikot aktiviti korang."
"farol? boleh je. 017+++++++"
"thank you!"

dah hampir 15minit aku pandang skrin fon yang kosong tu. ape aku nak tulis kat dia? nak minta maaf ke? macam tak perlu je. bukan salah besar mana pun. dia yang terasa lebih. tapi tak salah kalau nak minta maaf. tapi aku rase farol tu tak heran pun. message aku dari "weh,yana ni.sorry td" bertukar jadi "weh,yana ni.aku tak turun baris sok pagi." betapa egonya aku nak minta maaf.

esok malamnya kitorang ada ujian bertulis kat dewan kuliah. tak nak lak kena jalan jauh. pinggang aku dah lah tgh sakit lagi. on the way tu, farol datang kat aku. bukan nak cakap baik-baik. diajuknya cara aku berjalan. ah, lantak kau lah farol. aku peduli ape. kalau kau sakit mcm ni bru kau tau ape aku rase.

selepas ujian, koperal azman offer aku balik kolej naik kereta dgn dia. haha. farol, kau pandang ape? mesti tak puas hati kan? padan muka kau. nasib baik kat dunia ni still ade orang yg baik mcm koperal azman tu tau. dari muka kau yang perasan handsome tu pun aku tau kau banyak tak puas hati kat aku kan? tapi aku tak faham kenapa kita selalu tak puas hati.



...............B E R S A M B U N G...............

No comments: